Tuesday, 31 July 2012

TRaGeDi 8 RaMADHaN....:'(


terkedu......
sungguh terkedu bila mengikuti kes kematian kakitangan TV9, Allahyarhamah Syaleza Jaffar (31thn)..
sari dua ni....kisah ttg kes ni hangat dperkatakan di media massa....juga di ruangan sosial spt di facebook mahupon twitter..
sedihh.....sgt sedih...mengenangkan tragedi yang berlaku...tambahan plak ketika smua umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah berpuasa Ramadhan.....
persepsi awal sebab kematian...adalah bunuh diri....nau'zubillahimiin zaalik...
namun.....bila terbaca laporan terkini kes ni.....
aku jadi makin terkedu......

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA
Foto: Kosmo Online

.....memang  kalau diikutkan daripada laporan di atas...
kita mungkin dah dapat mengagak atau meneka apa sbnqnya yg terjadi....
tambahan pulak....ada laporan menyatakan...ada jiran yang telah mendengar bunyi bising...
seperti ada pertelingkahan yg berlaku di rumah Arwah sblm kejadian itu berlaku...
namun begitu.....sesungguhnya kita masih tidak boleh menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang belum dipastikan oleh pihak berwajib....betoi x???
dan....aku sendiri masih tertunggu2...jawapan di sebalik misteri kematian Arwah Syaleza...:'(
semoga pemergian Arwah mendapat pengadilan yg sewajarnya...
dan semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh....Aamiin..
AlFaatihah......:'( 
p/s : sayu terkenangkan anak arwah yg masih kecil.....terpaksa meneruskan kehidupan tanpa sorang ibudlm usia yg terlalu mentah....(2 thn....huhuhu)

2 comments:

  1. Memang kesian pada anaknya tu, kehilangan ibu pada usia yg terlalu muda..

    Kita biarkan saja pihak berkuasa yg menyiasat hal ni, kan dik :(

    ReplyDelete
  2. btoi kak dinas....sedh sgt mengenangkan anak kecik tu...xphm apa2 ttg kehilangan..huhuhu.....biaq Allah Taala shj yg menentukan segala2nya...huhuhu

    ReplyDelete