Salam...
salam 3 Ramadhan wat suma.....
semoga semuanya sihat2 slalu disamping menjalani ibadah puasa kali ni...
ada sesuatu yg ingin kukongsi di sini ari ni...
kisah tahun 2010...
kisah menyayat hati yg mmpu membuatkan ramai menitiskan airmata....
menerbitkan rasa keinsafan...betapa kerdilnya diri kita disisi yang Maha Kuasa...
mungkin ramai yang telah maklum tentang kisah ini....tapi...ingin juga ku kongsi di sini....
sebagai peringatan wat diri sendiri dan pedoman di masa hadapan...
Inilah kisahnya.......:'(
Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah
keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah
doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a
adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia
berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi
menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.
Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian
perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya
mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu
anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari
tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya
dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama
lagi"
Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus
membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini.
Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui
di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin
teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya
di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus
membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.
Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta
ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan
isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu
membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta
putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya.
Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia
melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari
berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a
memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan
mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan
menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…
Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak
hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya
menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu
dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit
kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara.
Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan
orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk
membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara
persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang
lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit
mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia
didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat
Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba
dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan
menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.
Kisah tragik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg
Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg
rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia
ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk
membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk
membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt
menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis
teresak2.
Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan
merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia
pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran.
Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk
membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia
membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.
Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a....
Terjemahan:
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me
O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters`
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah
melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk
menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Bara'a terus membaca
ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca
(mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak
dan doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Bara'a akhirnya telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 26 Jun 2010..Innalillahi wainna ilaihi
raaji'un.....
Marilah sama2 kita menghadiahkan Al-Faatihah buat Allahyarhamah Bara'a....serikandi kecil yang telah mengiringi pemergian kedua ibubapa dgn suasana yg begitu menyentuh hati sesiapa jua yg mengetahui tentang kisah hidupnya....
Al-Fatihah, semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang2 beriman, amin..Sedih sungguh kisah ni..
ReplyDeleteAamin.....:')....
ReplyDelete