Tuesday, 31 July 2012

TRaGeDi 8 RaMADHaN....:'(


terkedu......
sungguh terkedu bila mengikuti kes kematian kakitangan TV9, Allahyarhamah Syaleza Jaffar (31thn)..
sari dua ni....kisah ttg kes ni hangat dperkatakan di media massa....juga di ruangan sosial spt di facebook mahupon twitter..
sedihh.....sgt sedih...mengenangkan tragedi yang berlaku...tambahan plak ketika smua umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah berpuasa Ramadhan.....
persepsi awal sebab kematian...adalah bunuh diri....nau'zubillahimiin zaalik...
namun.....bila terbaca laporan terkini kes ni.....
aku jadi makin terkedu......

SHAH ALAM – Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah mengesahkan punca kematian eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9, yang mayatnya ditemui di kediamannya di Apartment Saujana, Damansara Damai pada Sabtu, adalah akibat lehernya dijerut.
Beliau berkata laporan bedah siasat ke atas mayat Syaleza Jaffar, 31, di Hospital Sungai Buloh menunjukkan mangsa mati akibat tidak boleh bernafas dan terdapat kesan jerutan di sekeliling leher mangsa.
“Laporan siasatan menunjukkan mangsa mati akibat dijerut dan bukannya menggantung diri, namun kita masih menjalankan siasatan terhadap perkara itu,” katanya pada sidang media di sini.
Beliau berkata susulan itu, polis menahan anggota keluarga terdekat mangsa di Segamat, Johor pada kira-kira 10.15 malam tadi bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Suspek akan direman petang ini.
Tun Hisan berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian.
Mayat Syaleza ditemui di dalam sebuah daripada bilik tidur rumah itu oleh suaminya, Norazman Bashah pada kira-kira 7 malam.
Suaminya mendakwa terdengar dentuman dalam bilik tidur rumah itu dan ternampak mangsa tergantung tidak bernyawa di kipas bilik itu sebelum membawa turun mayat isterinya.
Polis kemudian ke tempat kejadian sejurus dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh suami mangsa dan Syaleza disahkan meninggal dunia ketika ditemui polis.
Syazleza adalah anak kedua daripada enam beradik dan mempunyai seorang cahaya mata berusia dua tahun. – BERNAMA
Foto: Kosmo Online

.....memang  kalau diikutkan daripada laporan di atas...
kita mungkin dah dapat mengagak atau meneka apa sbnqnya yg terjadi....
tambahan pulak....ada laporan menyatakan...ada jiran yang telah mendengar bunyi bising...
seperti ada pertelingkahan yg berlaku di rumah Arwah sblm kejadian itu berlaku...
namun begitu.....sesungguhnya kita masih tidak boleh menjatuhkan hukuman pada sesuatu yang belum dipastikan oleh pihak berwajib....betoi x???
dan....aku sendiri masih tertunggu2...jawapan di sebalik misteri kematian Arwah Syaleza...:'(
semoga pemergian Arwah mendapat pengadilan yg sewajarnya...
dan semoga beliau ditempatkan di kalangan mereka yg beriman dan beramal soleh....Aamiin..
AlFaatihah......:'( 
p/s : sayu terkenangkan anak arwah yg masih kecil.....terpaksa meneruskan kehidupan tanpa sorang ibudlm usia yg terlalu mentah....(2 thn....huhuhu)

Monday, 30 July 2012

SaLam 10 RaMadHaN..... :)

Salam....
apa habaq suma...???
agak lama x jengok umah ksygn nih....
bkn x jenguk...jengukkkk....cma x dan nak kemaih (hapdet) apa yg patot...
bln posa laa katakan...mood nak blogging pon posa gakk...(....huhh..alasan...alasan.....:P)
mcmn kwn2...bulan posa kali niih??...okk???....
aku.......hmm...rasanya...bulan posa kali ni ckup menenangkan....cukup wat ati rasa bahagia....:))
mgkin sbb...aku dah pandai menghargai setiap detik yg berlalu....
dan mungkin jugak aku dan terlalu letih utk terus bersedih utk sesuatu yg dah jadi sejarah....
mmg terlalu besaq hikmahya setiap apa yg tlh terjadi..
skang aku dah phm...:)
idop ni sat saja....
xtau bila masanya akan tiba kita akan dipanggil mengadapNya....
setiap detik yg berlalu xkan pernah ada kali keduanya...apatah lagi utk diulangi berkali2...
semalam adalah kenangan....
hari ini adalah perjuangan..
esok adalah harapan.......
sudah semestinya.....semalam....tadi... dah jadi lipatan sejarah dlm idop kita..
suka atau x....ia dahpon berlalu....
ari ni......kita lalui lagi pengalaman baru....:)
dan semalam dan ari ni...adalah nikmat terbesaq kurniaan Ilahi pada kita....sbb kita masih lagi mnjadi khalifah di dunia yg fana nih....
tapi esok......esok....sat lagi..... cuma satu pengharapan....
klu diizin Allah...terjagalah kita dari lena yg pnjg mlm ni.....
tapi klu dah smpi masa dan ketikanya...maka....
Innalillahiwainnailaihiraaji'uun......
.....daripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali....:')
semoga stiap detik dan saat yg dikurniakan Allah pada kita adalah suatu yg paling bermakna buat kita semua...semoga sntiasa mendapat keberkatan daripadaNya....
dan semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba2Nya yg sentiasa bersyukur atas nikmat pemberiannya selama ini....Aamiin...
meskipon kadangkala DIA x berikan apa yg kita mahu....tapi DIA anugerahkan kita dgn sesuatu yg kita perlu...Alhamdulillah....
satu yg ingin dikongsikan kali ni......

Senyumlah...:)))

sentiasalah tersenyum....meskipon tiada siapa yg tahu apa yg bergejolak jauh di sudut ati.....
kerana....SenyUm ITu SeDeKah.......:)))
wa ilal liqa'....
wassalam

Monday, 23 July 2012

Kisah Bara'a....:'(

Salam...
salam 3 Ramadhan wat suma.....
semoga semuanya sihat2 slalu disamping menjalani ibadah puasa kali ni...
ada sesuatu yg ingin kukongsi di sini ari ni...
kisah tahun 2010...
kisah menyayat hati yg mmpu membuatkan ramai menitiskan airmata....
menerbitkan rasa keinsafan...betapa kerdilnya diri kita disisi yang Maha Kuasa...
mungkin ramai yang telah maklum tentang kisah ini....tapi...ingin juga ku kongsi di sini....
sebagai peringatan wat diri sendiri dan pedoman di masa hadapan...

Inilah kisahnya.......:'(


Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah tragik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.

Inilah lagu yg dinyanyikan oleh si cilik Bara’a....

Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters`
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser telah melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Bara'a terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan pembedahan  otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Bara'a akhirnya telah kembali ke pangkuan Ilahi pada 26 Jun 2010..Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.....

Marilah sama2 kita menghadiahkan Al-Faatihah buat Allahyarhamah Bara'a....serikandi kecil yang telah mengiringi pemergian kedua ibubapa dgn suasana yg begitu menyentuh hati sesiapa jua yg mengetahui tentang kisah hidupnya....

Sunday, 22 July 2012

ABaH.......

Abah.....
sorang abah yang Allah kurniakan pada kami 6 beradik.....
sorang abah yang sejak sedari kecil membesarkan kami.....memelihara kami....
dgn cara tersendiri.....
Abah dulu......
sorang abah yang sgt tegas dan amat kuat disiplinnya....
pantang silap langkah....adalah habuan yg menanti...
darah muda.....kebetulan pula terdidik dgn disiplin tentera.....
abah memang garang....
setiap kesilapan...pasti ada hukuman....
kdg2 marah abah leh wat hati cukup rawan.....
tapii.....dia tetap abah aku dunia akhirat...itulah kenyataan....
satu ketika....
aku pernah rasa cukup 'membenci'abah.....
sebab barannya abah...tiada tandingan...
tapi....akhirnya....aku dpt pujuk ati...
maafkan aku abah....aku x layak membencimu atas apa jua alasan sekalipon..
barulah aku tersedar......
dialah satu-satunya abah yang aku ada di dunia ini...tiada dua atau tiga....
segarang mana....dan sebaran mana sekalipon abah....
abah tetap Raja dihati kami sekeluarga...
abah tetap sorang insan yang menjadi pendokong kekuatan kami....
dalam garangnya abah....kata2 nasihat dan tegurannya selalu meleraikan kekusutan...
menyalakan semula semangat yg terpadam...
sehingga saat... semua orang mengatakan tidak....hanya abah yang masih teguh menyatakan ya!!!
saat aku terduduk... dan tidak yakin pada diri sendiri...
abah jugalah yang mengatakan....insyaAllah....berusahalah...pasti berjaya.....
dan akhirnya....aku berjaya.....Alhamdulillah.....
abah...
waktu ini....
abah dah semakin dimamah usia....
abah dah selalu sakit2.....
kerap keluar masuk hospital...
abah dah x segagah dulu....
aku.....
saat ini......fikiran aku benar2 buntu....kosong.....
aku telah dimaklomkan oleh adikku.....abah dimasukkan ke wad lagi..
aku jadi x keruan...risau....
Ya Allah.....
Kau Yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang....
Kau peliharalah abahku.....
Kau sembuhkanlah abahku
Kaulindungilah dirinya selalu.....
Ya Allah...
Kami adik beradik hanya miliki satu2nya abah didunia ini...
terasa terlalu pantas masa berlalu....
walau siapapon abah kami....walau sehebat mana sekalipon garangnya abah terhadap kami....
abah tetap abah kami...dunia dan akhirat....
Kasihanilah abah, Ya Allah.......
Aamiin....

nota : saat ini abah telah dimasukkan ke wad Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar....tadi abah jatuh dalam bilik air...kepala berjahit...aku risau akot ada pendarahan dalaman....doktor juga dapati paru2 abah dijangkit kuman....:')

Posa - Day 2......:)

Salam...
ari ni dah 2nd posa....
cuaca kt cni agk mendung...jadi xdakla nak pancit awai2...hehehe
seronok sgguh bulan Ramadhan kali ni....xtaula rasa tenang sgt wlupon sumanya wat sorg2...
soq sorg...bukak posa sorg....
tingat kt mak abah di kg...tapi lom bekesempatan lg nak blik berbuka bersama2...
mgkin minggu depan...insyaAllah...:)
klu xdpt blik kg pon...dpt bbukak ngan adik2 tersyg kt cni pon dah ckop bahagia kott...hehe
xpala...to planning minggu depanla....minggu ni....x sesuwaiiii...hikhik..
ari ni kengkawan suma bukak posa nak mkn apa??
masakka...atau beli kt bazar ramadhan??
aku lom p jengok lg bazar ramadhan kali nih....
mgkin ptg ni kot...tingin nak mkn Roti John Melawati yg femes ngan gulai kawah sedap makcik tuu....
klu ghajin p laa...klu x jwbnya...mknla apa yg ada....hehehe
oklaa...
setakat ni dulu noh....
lenkali cita lagi....
Selamat berbuka posa nnti...dan slmt berhujung minggu....
lot of love.....CTie...:)
wassalam

Saturday, 21 July 2012

SeLaMAT BeRPOSa noH....:)

Salam....
kali ni baru betoi punya timing...
ari tu trial exam ja... ehh...ari tu sbgai muqaddimah ja....
SeLaMAT BeRPOSa kengkawan...adik kakak...makcik pakcik...tok tokwan...dan sumanyalahhh...
(yg berposa ja lah nooo....yg x uzoq syar'i...tapi x posa...mn leh ucap...hikhikhik)
rasanya time ni mesti suma org bizi kannn...
bizi dok pikiaq isok nak soq apa...dan yg lebih advance.....bizi dah dok pikiaq...sok nak bebuka ngan apa....haha...(aku laa tuuu....ngeeee)
oklaa....
nak kna undoq diri dulu....
sok nak bangun awai....(kalaula bangunnn......huhu)
haaaa....tgok ni...punyala advance,kannnnn....
masa dok kalut2 nak balik skola tadi tetiba mai sorg murid....
Ticer....nah amik ni.....hehehe...

isok baru nak mula posa....tapi dah dpt kad ghaya...huhuhu...kanak2..kanak2....haha...:)


Wednesday, 18 July 2012

TaKDak PeNYaKiT caRi PeNYaKiT...hehe

Sapa soh cari penyakit???...
dok elok2...xdak angin xdak ribut...
dok pi jolok sarang tebuan pasaipa???... tu laa...sapa soh dok p jenguk umh org...
dah tau kita bukan tetamu undangan...haha..
idop ni unik sugguh,kan.....
klu dulu...ayat2 indah tu utk kita dari dia...
tapi skang ayat2 yg sama tu jugak digunakan utk org len...
kecewakah aku??
hmmm...mula2 mmg sgt kecewa....ujan gak sat...
tapi...bila pikiaq2 blik ...lap ayaq mata....x pyh dok baziaq x tentu hala....
dan2 leh tima kenyataan..setiap yg terjadi ada sebabnya...pasti ada hikmahnya.....kann...
aku dah cool balik....seb baik...hihi..
idup ni umpama roda...ari ni kita kt ataih...sok lusa....lom tau lagi....
sementara masih boleh bergembira (wlupon bahagia ataih derita org len???)...teruskanlahhh.....
mana tau satu ari nnti....kot2 leh rasa...
what u give...u get back.....hehehe....
oklaa kwn2...minta mahap byk2...
mgkin x phm apa yg aku dok merepek ni....
akupon sbnqnya xphm gak...
pasaipa aku dok p cari penyakit tadi..
kan emosi dah skit terganggu...
padammuka aku!!!
peace....hehhh.....
gudnite..
(p/s: entry ni xdak kaitan ngan kwn2 suma noh....cuma aku ja yg wat pasai cari penyakit tadi...lpaih tu dok sedih sorg2....tp sat saja...laa dah OK.....hihi)



Tuesday, 17 July 2012

AKu TeRLaLu MeRinDUiMU....:')


pejam celik...pejam celik...
lagi 3 ari Ramadhan Al Mubarak menjelma...
sebenaqnya x sabaq2 nak jumpa ngan Ramadhan kali ni....
rasa rindu sgt2....
rindu yg teramat....
x taula pasaipa teruja sungguh kali ni...
mungkin sebab ada ketenangan yg dicari saat2 meniti bulan yg penuh barkah tu...
Ya Allah....
Ramadhan kali ni cukup berbeza dr yg sblm2 ni....
Ramadhan kali ni....ada sesuatu yang telah tiada...ada rutin yg dah tak sama...
satu kelainan tetapi ia suatu anjakan dalam idop....
Ya Allah....
semoga Ramadhan kali ini memberikan seribu ketenangan dan keberkatan buat diriku dan juga wat semua shbt di luaq sana... :')
Salam Ramadhan Al Mubarak....
Moga Ramadhan kali ini yang terbaik buat kita semua.....
Wassalam...
:)

Monday, 16 July 2012

MeMaaFkan LebiH MuDaH daRiPaDa MeLUPaKan???..

hmmmm...
kalau dulu2...masa btoi2 berada di 'puncak' masalah...
nak maafkan kesalahan org len pon rasa susah sgt.....apatah lagi nak melupakan apa yg telah terjadi...
tapi....bila masa dah berlalu....segala kelukaan dah terubat dek masa....
last2...kata2 maaf tu terungkap juga....
bila dah dapat memaafkan......rasa cukup lega...tenang sangat...
tapi....sesekali bila memori silam tetiba menjelma jauh di sudut ati....
rasa pedih... tetap ada...xkan pernah hilang selagi ia bernama KENANGAN....:')
rupa2nya.....
memang sangat tepat....kata2...
MeMaaFkaN LeBiH MuDaH dARiPaDa MeLuPaKaN....huhuhu
AKu MAAfKaN KAMu......namun.....
:')


Saturday, 14 July 2012

alooooooorrr....piNJaMla saT!!!............

alooooooo....pinjamla sat...
sat sajaaa.....
x bolehhhh....
alaaaa...bolehlaaaa...
nanti ticer bagila balik!!....
x bolehhhh....
nak pinjam jugakk!!!
x boleh...x bolehh....
huhhh....x bek tau kedekut ngan ticer...
bkn xmo pinjamkan kt ticer...tapiiiii............
macamana???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



sebenaqnyaaaaa....
aku mengkenan sungguh
bulu mata si K ni...
dahla panjang....melentik lak tu...mcm unta...
sgguh cute di mata aku...
nak try bulu mata pelesu mcm pelakon wanita glamer tu...
x berani amik risiko lakkk..
takot mata x larat nak bukak nanti...
heeeeeeee...

Thursday, 12 July 2012

SeMUaNYa bermuLA denGaN beRFiKIRaN +Ve.... :)

Salam...
apa hbq kengkawan suma...
dah agak lama x cita2 apa2 kt cni...byk yg ready made ja sbb jiwa x keruan....
(x keruan la kununn,kannn..malaih xmo ngaku...okeh2...malaihpon ada gak sebab rasa mcm xdak cita yg speselpon).
tapikann...sbnqnya tu alasan jaaa....kan setiap detik waktu yg berlalu tu sumanya momen yg spesel...mana ada yg sama...hikhik..
kdg2...ada ari yg indah....cukup indah...sampai klu buleh...xmo time tu berlalu....
kdg2 plak...ari tu....cukup menyakitkan....menyedihkan...dan menguciwakan..klu buleh biaqla suma tu hanya mimpi...kan....???
betoilaa...manusia ni selalu x bersyukur( ni aku tujukan khas wat diri aku sndrik...huhu...)mgkin org len x mcm ni...
klu buleh...nak sumanya yg best2 ja...yg bahagia2 ja...dan yg pasti...nak sumanya yg seronok2 ja laaa..
bila ditmpa masalah...didtgkan ujian sikit drpdNya...mula la give up...rasa mcm dah berakhir segala2nya...rasa idop pon mcm dah xbmkna...
negative thinking btoi aku nih,kan...
tapi lately..aku dah mula sedaq...sbnqnya suma masalah dan ujian2 tu lah yg wat aku skang semakin dewasa dan lebih tabah berbanding dulu...
klu dulu2...ada masalah ckit...pkra wajib pertama yg aku wat ialah..P.A.N.I.K....perkara wajib kedua adalah.....huhuhhu.....org utagha kata gheyau...xpon teghiyak...(menangis la tuuu...hehehe)..
mungikn kenan masa aku baby dulu kot....pasai mak aku cita...time aku dilahirkan...x dan bidan nak tepuk2 manja blkg bdn aku bg menangih...aku dah bantai teghiyak sakan....satu ghumah leh dengaq (tempat aku dilahirkan adalah di tapak umah aku laa ni kt kg....x p spitalpon..hehehe)
lagi satu mak aku hbq...hobi aku masa kecik2..mmglah menangih saja kejanya...klu senyap tu maknanya aku dah ZzzzZlaa..(huhu...awatla aku lagu tu kannn....huwaaa...nyusahkan mak aku jaaa...maap mak...:') )
bila aku dah panik...menangih...aku mesti rasa teruk punyalaaa.....
dan aku akan dok pikiaq dan pikiaq problem tu smpi satu tahap....aku jadi stress...
dan akhirnya aku jatuh sakit....
tapi laa ni...selepaih aku byk blajaq dr pengalaman2 idop yg lalu...aku rasa...
laa ni...aku dah agk positif berbanding dulu.... klu ada masalah...masih boleh tersenyum...masih boleh muhasabah dan berfikir dr sudut yg positif setiap apa yg terjadi....dan yg penting...aku dah tau menghargai....mahalnya nilai ayaq mata aku...dari aku bazirkan menangisi sesuatu yg x sepatutnya ditangisi....
btoilaa...apapun yg dilalui dlm idop ni..susah atau senang...suka atau duka...berfikiran positiflah...
kerana idop akan lebih bermakna bermula dgn langkah yang POSITIF dan sentiasa redha dgn takdir dariNya.....
Yakin boleh, CTie!!....
Wassalam..... :))

Tuesday, 10 July 2012

ADa APa KaT SkoLaH Ari Nih???..... :)

10 Julai 2012.....pagi yg ckup hening dgn cuaca yg cukup baik....:)

hmmm...ramainya kt dataran perhimpunan...pasaipa nohh....??

wahhhh.....ada senamrobiklaaa....instruktor adalah sumanya kekanak ribena...sgguh chumil!!!

lapan...lapan lagiiii......hihihi

okayy...tukar arah...depan...depann...depan...depan belakang....:)

fuhh....ciku2...ehh...cikgu2 menunjukkan skill dan bakat terpendam masing2...cayalahh!!

cikgu2 lelaki dan YDP PIBG...x kurang hebatnya dgn skill masing2..hahaha

kanak2 pra sekolah...sgguh kiut....tambah2 yang comel sblh kiri tu...pandai sgguh bersenam ikut rentak...hihi

sungguh happening.....:D

haaaaa...dah ke depan dah tu...sng sikit dkt ngan ckgu....hehe

post senamrobik...acara penyampaian hadiah sukantara...

yess...yess!!!...aku berjaya!!!

agenda seterusnya....jom check BP ngan diabetes....usahasama sekolah dan Hospital Pantai...tqqqq...

doktot n misi2 yang baik ati dan peramah...

ni antara yg terima pingat sukantara tadi...kanak2 ni jugak antara calon2 5A UPSR 2012...semoga kejayaan milikmu anak2ku..Aamiin...sekian laporan ProGram SeNaMRoBiK...
1 MurID...1 SuKaN...1 MaLaYsia utk kali...maaa cih nohh...

Saturday, 7 July 2012

ADUHai ANaK2 ku....

isskk...Muhammad Y(bukan nama sebenaq)!!!.....
mai cni sat aihh...
dah brapa kali cikgu habaq...tulisan tu bagi kemaih cikit...tulih bagi jelaih...
ni u mcm a...r mcm v....tulisan aduhaii....cakaq ayam lagi ensem tauuu!!!
awatla xmo dengaq sgt ckp cikgu nih...sok bila peksa UPSR...pemeriksa kertaih pon bleh penin pala baca tulisan lagu nih...blablablabla...
riuh-rendah aku dok beletiaq kt skola tadi....pasai tulisan kanak2 ribena ni...
mmg tulisan kanak2 ada mcm2...hat lawa...lawa sungguh...kalah tulisan cikgu....
hat cakaq ayam....adoihhh....kalah tulisan doketot...(hihihi...mintak mahapla klu ada doketot2 yg terbaca tulisan aku ni...hampunnn)..
dok tengah dok potpetpotpet...tetiba salah sorg murid lelaki bangun (bukan Muhammad Y)...
Cikgu!!!....sy tau pasaipa tulisan dia lagu tu...
dia hebat cikguuu....cuba cikgu suh dia wat jari mcm ni (sambil wat isyarat bagus...)jari dia melentik habih..
bukan setakat tu ja cikgu...cuba cikgu suh dia lentikkan bdn dia....dia leh wat...kita mana leh wat cikgu...sbb tu laa...tulisan dia mcm tu....jari dia lembut sgtt....
hmmmm...ada plak alasan lagu tuuu...???
akupon dgn muka ala2 harimau masok kandang kuda...panggil si Muhammad Y..
Muhammad Y!!!...mai cni....cuba tunjuk bukti...betoi dak apa yg si A ckp tuu...
dgn muka terkulat2 ketakutan...diapon watlaa demo kt dpn kelaih...siap ataih meja lagii....
fulamakk...btoilaaa....memang jari ngan badan dia melentik habih..
tapiiiiiiiiiiiiiiiii........relevankah alasan tulisan cakaq ayam dgn jari dan badan yg lembut dan melentik tu....huhuhu...konfius aku....x jadi dah nk maghah..
Oh anak2ku......
mcm2 hal la hangpa nih......iskkk......:')
jari dia melentik mcm ni kira ok lagi laaa....tapi....

badan dia melentik lagu nih...huhuhu....leh antaq masok kelaih akrobatik nih...:)

Thursday, 5 July 2012

BluEs Cuaca MeNDung....:)

Ditujukan khas wat diri sendiri.....
Awat penat sgtka tu??....mmgla penat...tapi penat tu kan berbaloi klu dpt wat org len gembira...org len bahagia....

Awat dah ilang dahka semangat juang yg ampuh dulu tu??....bukan ilangg...cuma kdg2 ada gak time2 mood xbrapa nk elok....sat2 lg okla tuu....

Awat pasaipa dok pikiaq kata2 org???.....bkn sengaja nak pikiaq...tapi sbgai manusia besa...sedih gakla bila org len xphm niat baik kita...
hamboii!!!....baru sikit dugaan mai...dah nk down???....come on lahhh....jgnlah cepat putuih asa.....:)

Perjalanan idop ni kan masih panjang andai diizin Allah...dugaan dan cabaran adalah guru terbaik dalam mematangkan idop kita...jatuh bangun dalam kehidupan juga lumrah idop manusia....setiap org punyai masalah dan dugaan masing2...pasaipa dah nak mengalah sblm berjuang abis2an....!!!!...
dahhh...p bangun!!!...tu kanak2 dok tggu dah kt makmal....jgn dok bg alasan macam2....pkoi 3 ada date ngan depa....!!! Wake up,CikGu!!

heehehe....sebenaqnya....aku tgh berjuang abis2an ni....berjuang ngan Cik MA dan Cik LAS...
ptg ni dah jnji nak wat kelaih ckit ngan bebudak thn 6 tu...tapiiiiiiii..
bila dah blik umah...dapat bersenang2an...berehat2an....sambil berbaring2an...ngan cuaca yg ckup sesuwai utk menarik selimut....maka akupon terpaksala berperang laa ni....berperang ngan perasaan sendiri....
iskkkkk.....x bek sungguh aku,kann....
sian knk2 kecik tu...depa pon penat gak...bkn aku sorg ja....
oklaaa....aku nk p bersiap dah ni....
sat lagi nak p dating ngan budak2 tu....Chaiyyok CTie!!!.....
Kejayaan Memerlukan Pengorbanan!!!....:)
permisi dulu ya...daaaaaaaaaa

p/s : mood mendung pasai cuaca mendung......huhh..mendungla sgttt!!!!....heheh

Monday, 2 July 2012

Haghu-bighu aihhh....:P

syohh...syohh...pi jauh2 pi.....
hehehe (macam halau ayam masok gheban lak noh...hihi)...
dak aihh...x halau sapa2pon...aku tgh halau 'angin kus-kus' aku nih...
awat x tau...sari dua ni dok p feelinnnnng semacam ja nih...nak kata mood bulanan...
mcm lmbt lagi....iskkkkkk...mungkin pasai la ni musim x menentu kot noh...
dahla laa ni dah musim ujan kt cni....tambah plak...dgn musim degheyan...kikiki (ada plak mood p dok berkait ngan musim ujanla...musim degheyan plakkk...sowi na... wat kgkwn peninn sat...hehe
hmmm...besa la noh...kitakan maknusia besa...mood dan perasaan slalu berubah2...
ada time OK...ada time KO...:P
tapi mungkin kgkwn kt luaq sna xdakla dok komplikated sgt mcm aku nih...kann...
org len koooool ja....aku nih kekadang kool...tp slalunya xbrapala nak kool..heheh..
susah gak noh nak pujuk ati.,..bila time dia okkk...oklaaa...
bila time dia nk wat hughu hagha...haghu bighu la jadinya....
tapi....laa ni ghasa cam koi haghu dah nihh....pasai apa....???
pasai tomorrow is Monday....
aku kan antara mereka2 (anak2 ddik jgn ikot BM cikgu ni tau...slh nahu dah nih...mrh cikgu BM!...maap noh..)...
aku kan antara mereka2 yg sgt suka ari jemaat dan sgt x gemaq hari senin...(cikgu hapala lagu ni..kannn)
mai nak ari senin ja...mula la aku rasa mcm x puaih ja cuti 2 ari....nak p skola pon...lembab ja....
tapi once aku dah stat keta....smpi ja skola...terlupa dah aihh...mood lembap aku tuhhh...haghu sggh...iskkk..
oklaaaa....hrap kengkawan suma enjoy dan hepi utk esok noh..
akupon tgh dok menghepikan diri laa nih...
mana tau..lepaih2 ni...tetiba...dpt aura dan semangat yang membara lakkk.....i lup Monday very the much...(abaikan kesalahan nahu BI aku noh...aku xpandai sgt sepiking nih..:)....BM pon berteraboq...apatah lagi BI....huhuhu.....peaceee!!!
Jmpa lagi na...
Wassalam.....:D



Sunday, 1 July 2012

Do'aKu.... :')

Jam dah menunjukkan tepat 2.00pagi...
suasana sepi...dingin....sayu terasa...
mata plak masih dok kelipok...kelipok... takmo pejam2 lg nih....
dok blogwalking sana sini...
tetiba terjumpa sesuatu yg wat hati aku tetiba ja terasa syahdu.....pilu...
teringin nak share ngan kengkawan semua....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v



Seandainya dia bukan milikku lagi….
Ya Allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya wujud sekali sahaja untuknya….


Aku tak sanggup menanggung derita mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..


Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku mencintainya telah habis….
Kau tutupkan perasaan cintaku ini untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus menghantui hidup ku ya Allah…


Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku bersamanya….
Kehilangannya memang sukar ku terima….


Aku tahu…dia takkan kembali kepada aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya lah padamu Ya Allah….


Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya Ya Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang bukan lagi miliku…


Aku telah merelakan dia pergi ya Allah…
Aku terima dengan pilihannya ya Allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga pergi…


Biarlah kisah cinta aku dan dia menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih bersyukur ….


Ya Allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam  kesedihan cinta ini ya Allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya Allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada …
Seseorang yang melabuhkan cintanya padamu ya Allah..
amin2…ya Rabbal al amin….:'(

p/s: dah agak lama mood sentimental value ni off...tetiba mlm ni ter'on' la plak..haru aihh...jgn sedih...jgn sedih...dia dah bahagia skang ni...doakan dia na..#pujukhatisendiri# :')