Friday, 10 August 2012

AkHiRnYa......TeRJaWaB JuA.... :'(

..rentetan kisah 'Tragedi 8 Ramadhan' yg pernah aku kongsikan di sini....
.....yg kusut dah terlerai...yg menjadi tanda tanya dah terjawab.....
.....di dada2 akhbar dahpon membongkarkan misteri kematian arwah Syaleza Jaffar hampir dua minggu yang lalu.....
suspek utama.....suami arwah sendiri...telahpon didakwa.....Astaghfirullahalazim....:'(
walaupun....tiada pengakuan yang dibuat...tetapi.....sekurang2nya....kita semua dah x tertanya2 lagi...
siapa yg bertanggungjawab atas apa yg telah terjadi....:(
semoga prosedur dimahkamah akan berjalan dgn lancar dan kematian arwah...mendapat pembelaan yg sewajarnya.....Aamiin..... :'(


#ARTIKEL DARI SINAR HARIAN
Suami eksekutif pentadbiran stesen televisyen TV9 Nur Syaleza Jaffar, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan membunuh isterinya itu, bulan lepas.
Tiada pengakuan direkodkan daripada Norazman Bashah Ahmad Azam Bashah, 31, eksekutif bahagian teknologi maklumat syarikat gas dan minyak, ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid.
Tertuduh yang memakai baju-T berkolar berwarna ungu mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah kepadanya.
Norazman Bashah, didakwa membunuh Syaleza, 31, di kediamannya di No.115, Tingkat 1 Blok O, Apartment Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, di antara jam 12 tengah hari hingga 7.30 malam, 28 Julai lepas.
Norazman Bashah yang diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan 14 Sept untuk tarikh sebutan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Ruvinna Mohd Rawi.
Akhbar sebelum ini melaporkan seorang eksekutif pentadbiran wanita stesen televisyen TV9 ditemui mati di kediamannya di Damansara Damai.- Bernama

2 comments:

  1. Tertanya2 sebenarnya apa yg terjadi hingga berlaku pembunuhan tu..

    ReplyDelete
  2. btoi tu kak dinas....marah apala sgt smpi xdpt kwl diri...jadi pembunuh isteri sendiri...huhuhu

    ReplyDelete