Jam dah menunjukkan tepat 2.00pagi...
suasana sepi...dingin....sayu terasa...
mata plak masih dok kelipok...kelipok... takmo pejam2 lg nih....
dok blogwalking sana sini...
tetiba terjumpa sesuatu yg wat hati aku tetiba ja terasa syahdu.....pilu...
teringin nak share ngan kengkawan semua....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
v

Seandainya dia bukan milikku lagi….
Ya Allah ya tuhan ku….
Jika dia bukan milikku lagi…
Kau hilangkan perasaan cinta yang
pernah wujud di dalam hati ini….
Biarlah perasaan cinta itu hanya
wujud sekali sahaja untuknya….
Aku tak sanggup menanggung derita
mencintai dan merindui nya lagi…
Sedangkan ku tahu dia bukan miliku
lagi….
Aku doakan dia bahagia bersama insan
lain….
Dan aku juga mahu diri ku bahagia…..
Ya Allah ya tuhan ku…
Kau bebaskan perasaan ku ini…..
Terlalu sengsara rasanya memiliki
perasaan cinta ini….
Jika memang waktu untuk aku
mencintainya telah habis….
Kau tutupkan perasaan cintaku ini
untuknya….
Agar bayang2 cintanya tidak terus
menghantui hidup ku ya Allah…
Aku tahu aku terlalu mencintai nya….
Setiap masa ..setiap saat…
Pasti terbayang memori2 indah aku
bersamanya….
Kehilangannya memang sukar ku
terima….
Aku tahu…dia takkan kembali kepada
aku lagi….
Aku terima ujian mu ini ya Allah
dengan hati yang terbuka…
Walaupun terlalu berat untuk aku
hadapinya….
Aku insan yang lemah….
Tetapi aku tak mahu terus lemah…
Lemah hanya kerana gagal dalam
bercinta…
Sedangkan cinta yang hakiki hanya
lah padamu Ya Allah….
Ya Allah ya tuhan ku…..
Bantu lah aku untuk melupakan nya Ya
Allah…
Aku mahu terus hidup dalam dunia
yang nyata …
Aku tak mahu terus merasa derita
mencintai dan merinduinya ..
Mencintai dan merindui dia yang
bukan lagi miliku…
Aku telah merelakan dia pergi ya Allah…
Aku terima dengan pilihannya ya Allah..
Aku redha jika takdirnya dia bukan
jodohku….
Dan…aku juga mahu cintanya juga
pergi…
Biarlah kisah cinta aku dan dia
menjadi sejarah…
Sejarah yang lebih mematangkan aku …
Sejarah yang menjadikan aku lebih
kuat….
Sejarah yang menjadikan aku lebih
bersyukur ….
Ya Allah ya tuhanku…
Terlalu berat ujian cinta ini…
Jadikan aku hamba yang lebih kuat ..
Agar aku tidak lalai dalam
kesedihan cinta ini ya Allah…
Semoga satu hari nanti cinta di hati
ku ini akan berputik kembali….
Dan jika saat itu telah tiba ya Allah…
Kau jatuh kan lah cinta ku itu pada
…
Seseorang yang melabuhkan cintanya
padamu ya Allah..
amin2…ya Rabbal al amin….:'(
p/s: dah agak lama mood sentimental value ni off...tetiba mlm ni ter'on' la plak..haru aihh...jgn sedih...jgn sedih...dia dah bahagia skang ni...doakan dia na..#pujukhatisendiri# :')
Doakan dia bahagia selalu kerana dik Ctie pun bahagia jugak kan di samping kanda tercinta :)
ReplyDeleteInsyaAllah Kak Dinas...:) saya memang bahagia dgn kehidupan sy skrg akak...Alhamdulillah..cuma kdg2...ada tika dan waktunya...kngn silam menjelma dpn mata tetiba...sayu jgk rasa ati...tapi takpala...pasti ada hikmah dsbalik stiap yg terjadi,kan...tq so much Kak Dinas...slalu bg moral support kt sy...:)Selamat Ber Isnin,Kak Dinas...:D
ReplyDelete