Salam
Alhamdulillah..
selesai sudah PRU 13...
tahniah pada barisan pemimpin yang telah dipilih oleh rakyat
semoga manifesto yang dilaungkan akan dijulang...
moga-moga mandat yang diberikan akan dipikul dengan penuh tanggungjawab
dan amanah
demi agama,nusa dan bangsa...
Aamiin...
:)
ari ni aku tingin nak kongsi kisah yg aku lalui sepanjang bertugas
di pusat mengundi semalam...
seronok jugak...
macam2 karenah dan telatah orang ramai...
pusat tempat aku bertugas adalah di saluran 2..
untuk mereka yang dilahirkan
dari tahun 1948(sebaya ngan arwah abah :') ) hinggalah 1959...
kiranya semua yang mai mengundi tu pangkat pakcik dan makcikla..
majoriti pengundi kaum Cina...
selebihnya Melayu dan India...:)
seawai 7.30pagi... dah ramai yang beratoq kt luaq pagaq skola..
dan seawai 6.45pagi aku dan kawan2 yang bertugas dah hadir ke pusat mengundi utk menyiapkan persiapan mengundi..
sedari 8.00pagi hingga 12 tengahari memang cukup ramai
pengundi yang kuaq mengundi..:)
memang betoi..pilihanraya kali ni ramai yang menunaikan tanggungjawab masing2 dengan baik sekali..
di saluran aku bertugas..
442 drpd 506 pengundi berdaftar yang hadir...
Syabas rakyat Malaysia...:)
bila dah semakin petang...jumlah pengundi yg mai pon dah semakin kurang..
faktor cuaca...mungkin...
sebelah petang ujan lebat...tapi x lama...
aku terharu tengok pakcik-makcik yang uzur...
bahkan ada yg berkerusi roda
mai mengundi....
kuat sungguh semangat pakcik makcik nih..:')
tugas aku...
memeriksa nama pengundi dan meletakkan dakwat kekal
(masa pengundi sangat ramai.....bila dah berkurang...aku cuma jadi tukang boh dakwat...hehehe)
ada beberapa insiden wat aku tersentuh hati semalam..
yang pertama...
saat aku membacakan nama pakcik yang sama dengan nama abah..:')
saat tu aku rasa sayu sangat....tapi aku masih berjaya tahan sebak di dada..
insiden yg kedua....bilamana ada sorang pakcik tu... seiras abah...kurus mcm abah....dan juga berkerusi roda sama mcm abah...ada depan mata aku....
kali nih...ujan di ati dah sama lebat ngan ujan kt luaq sana....
aku rindu abah...
sangat rindukan abah...:'(
Al-Faatihah buat arwah abah....
Aamiin...
Alhamdulillah...proses mengundi berjalan dgn lancar...
tepat pukul 5.00ptg...kaunter mengundi ditutup....
kami diberi rehat 30minit utk bersolat...
dan proses mengira undi diteruskan selepaih tu...
aktiviti mengira undi selesai kira2 pukul 8.30mlm....
masa tu memang terasa letih sangat...
tapi...
nilai pengalaman yg diperoleh x ternilai harganya...
berdepan dengan harapan....
impian dan kepercayaan semua lapisan masyarakat
menjadikan aku sedaq peranan seorang
PEMIMPIN...
bukanlah satu tugas yang semudahnya untuk digalas..
semoga amanah dan kepercayaan yang telah dberikan kepada semua pemimpin yang telah dipilih akan
dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab...
Majulah Malaysia demi agama,bangsa dan negara...
Aamiin....:)
p/s: sat lagi nak p Klang amik mak kt umah Dikmie...kali nih mak balik kg sat saja...Sabtu balik sana...Ahad malam dah mai balik sini...yeayy.....seronoknya mak dah mai balik key ell...hikhik...:D
No comments:
Post a Comment