terjumpa sesuatu yang menarik masa blogwalking tadi..
sangat menarik untuk dikongsi bersama...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hati lelaki seperti peti besi, tempat
menyimpan segala masalah. Lelaki lebih memilih bermain dengan
fikirannya. Diam adalah cara dia untuk meraba jalan keluar. Masalah yang
datang menerjang adalah makanan sehari hari yang harus ditelan. Air
mata lelaki mahal. Tidak mudah menitis walaupun perasaan bingung
mengepung jiwanya. Tidak mudah menitis bila panik mencekik. Tapi mungkin
akan menitis perlahan saat menghambat dalam kerinduan. Menyepi dalam
kepasrahan. Bertaubat akan jutaan kesalahan yang pernah dilakukan.
Cerita? bila-bila saja. kerana dia hanya
akan bercerita bila memang ada peluang penyelesaian masalah dengan orang
yang diajak berkongsi. Tidak sembarang orang
dapat mendengar luahan hati. Tidak semua orang pula dapat mendengar
masalahnya. Maka menyimpan masalah adalah lebih baik, daripada harus
terbuka lorong hati sehingga lari kemana mana masalah peribadi.
Berbeza dengan perempuan. Hatinya tak berkuasa menahan persoalan
persoalan. Bercerita, berbahagi, dan juga mengekspresikan diri dalam
sikap dan tingkah laku, adalah hal yang biasa. Susah bagi wanita menyembunyikan perasaan.
Apakah itu suka, benci atau bahkan sedih. Ingin rasanya seperti lelaki
yang selalu pakai logik. Tetapi nampaknya perempuan memang berbeza. Dia
lebih suka bicara pada hati dan komitmen. Bicara pada soal memiliki dan
dimiliki. Tidak lagi bicara pada soal suka atau tidak suka semata.
Maka air mata bagi wanita adalah sebuah cara untuk mengungkapkan perasaan.
Bahagia, haru, benci dan bahkan luka, menjadi sangat jelas terpancar
pada linangan air mata dan isakan tangisnya. Maka bila memang itu
terjadi, mereka hanya mahu didengar dan diperhatikan. Mahu dibantu dan
diakui keberadaannya. Serta mahu sandaran, yang akanboleh menguatkan,
langkah kaki kehidupan yang masih terus berjalan entah sampai bila..
.
Sumber : PakarCinta.com dan Ustaz Burhan Sodiq (Penulis buku Best Seller “Ya Allah Aku Jatuh Cinta”)
Perkongsian yg menarik, dik Ctie :)
ReplyDeletetimakasih kak dinas.....:)
ReplyDelete