![]() |
sumber : internet... |
Andainya Lelaki Tahu………..
Andainya lelaki
tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya
segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki
tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna
dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai
lelaki itu.
Andainya lelaki
tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal
perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan
menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang
bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk
membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki
tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia
tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia
tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih menganggap anda anak
kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau
sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya
mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan
perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia
tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan
hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata
dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan,
bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki
tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan
percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat
sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya
memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..Apabila
perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu
melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah,
hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau
akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan
berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi
selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia
kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia
benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia
terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif
dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki
tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan
yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling
melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah
sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal
menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya
perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa
menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia
didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk
menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal
menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.
p/s: aku dapat artikel ni dari satu blog...tapi terlupa plak blog mana...apapun tq pada yg dah menyumbangkan perkongsian ni nohh....sgt menarik....:)
No comments:
Post a Comment